Damba Syurga


Thursday 5 December 2013

Cintailah CINTA



Suka untuk ana kongsi dan bicarakan pada kali ini berkenaan dengan CINTA . Ya . Seperti yang kita tahu , satu perasaan fitrah yang lahir dan kasih sayang dan cinta dan dan ... bla...bla... Macam macam definisi kita boleh jumpa . Malah berbeza mengikut pemahaman seseorang .Tapi ana punya definisi ana sendiri . Cinta bermaksud , hendak bersamanya di syurga .
 Ana memandai-mandaikah mencipta definisi ini ? Tidak . 


Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepada Baginda bilakah akan tibanya kiamat ,
'' Apakah yang kamu telah sediakan untuknya? ''
'' Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku ."
Rasulullah menjawab ,'' Maka kamu akan bersama-sama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana .''
(Riwayat Bukhari)

Jadi , cinta yang tulen adalah hendak bersamanya ke syurga . Cinta yang sebenar , cinta yang menembusi akhirat . Apa guna cinta di dunia sahaja , kemudian di akhirat bermusuhan . Cinta bukan semudah tiga perkataan . Cinta yang sebenar adalah taat kepada Tuhan . Maka cinta manusia , berdiri atas ketaatan . Bukan untuk berseronok , tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan . Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan . 

Secara tidak sedar , cinta itu memerlukan sepenuh hati . Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk Ilahi . Daripada cinta kepada Ilahi inilah terbinanya cinta antara insani . Cinta yang asasnya iman dan takwa . Cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan Allah .
Cinta tidak bersalah .
Jatuh cinta bukan jenayah . 
Persoalannya bagaimanakah kita bercinta ?
Untuk apakah kita bercinta ? 

Akhirnya , manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan takwa , akan melihat jawapan-jawapan kepada persoalan itu adalah sama . NAFSU . 
Ya , kepuasan diri semata-mata .
Rapuh bukan ? Sedangkan cinta itu saling kasih-mengasihi . 
Sedar atau tidak , kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu hanya untuk kepuasan diri sendiri .
Itukah cinta ?



COUPLE = CINTA ? 

Perbandingan umpama couple atau berpasangan itu jauh letaknya di barat dan cinta itu letaknya di timur . Dua perkara yang berlainan . Cinta boleh dijalankan tanpa perlu couple . Ber'couple' pun , kalau mahu boleh jalan tanpa cinta . Lihat perbezaanya ? Samakah ? Tidak .

Cinta , terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih . Jadi ana tidak nampak seseorang yang melemparkan seseirang yang lain ke dalam api , atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu , adalah seorang pencinta , seorang pengasih atau penyayang . Jadi kalau berpacaran itu dilarang oleh Allah , zina hati itu dilarang oleh Allah , ikhtilat itu dilarang oleh Allah , dan kosnya adalah kemurkaan Allah , boleh mengheret ke dalam neraka Allah apakah si pengajak kepada perlakuan itu , atau si pelakunya , dinamakan cinta-mencintai ? 
Bolehkah bercinta sebelum kahwin ? 
Boleh .Tapi dengan syarat , buat macam orang belum kahwin . 

Ada yang berkata , '' Kami couple sebab cintalah'' Maka ana kata , cinta mereka itu , tidak sama dengan cinta ana . Cinta yang ana katakan ini , suci , mahal , berharga .Mahu mendapatkannya , perlukan usaha yang keras .
Cinta menembus syurga.
Mestilah usahanya juga boleh mengegarkan jiwa ! 

Ana tidak suruh putuskan hubungan . Kalau yang ber'couple' sedar perkara ini , hentikan couple itu , dan cari , makna cinta sejati untuk memperbaharui cinta mereka sebelum ini , perbaiki perjalanan hidup dan serius manu bina kehidupan yang Allah redha , apa salahnya kita masih bersama . Boleh sambung couple selepas berkahwin . 

Inspired by : Batu-bata Kehidupan-Hilal Asyraf .

 ='D



2 comments: