Damba Syurga


Wednesday 21 November 2012

Cinta ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di kesempatan ini.. keadaan yang mendesak, untuk ana bincangkan sesuatu mengenai cinta Allah,
Cinta Khaliq, Bagaimana mahu meraihnya? Apa tanda-tandanya?
Itu yang bermain dibenak para pembaca waktu ini, ana faham.

Pertama, kita perlu tahu apa itu CINTA?
Ada apa dengan Cinta Allah ini?
Bagaimana nak mencintai Allah?
Adakah semudah satu dua tiga???
Tidak tidak dan tidak.

Kenapa perlu ada rasa cinta pada Allah?

Sebabnya...
Dia Khaliq. Pencipta kita.

 Ikut Rasulullah

''Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.''
(ali-Imran:31-32)

Ikut apa yang Rasulullah lakukan itu lambang kita cintakan Allah!

Sukarnya Mencapai Cinta

Memang tak semudah disangka mahupun diungkap apa itu mencintai Allah.
Adakah dengan hanya ungkap '' Saya cintakan Allah, I love Allah''?
Kalau benarlah semudah itu, maka tidak perlu lagi patuh suruhan-Nya, cukup sekadar ''saya cintakan Allah''.
Itulah yang sering dimomok-momokkan sesetengah kita, hanya mampu ungkap ''I love Allah'', tapi MAKSIAT tak tinggal pun~! <----cakap tak serupa bikin punya orang.

Tanda Cinta

Apa tanda kita cintakan Allah ya?

Herm herm herm.....

1. Patuh semua suruhan Allah, check balik kita buat tak semua suruhan Allah? sempurnakah kita menutup AURAT? Kemudian suruhan Alllah yang lain? Sukar bukan nak capai cinta Allah?

2. Jauhi semua larangan Allah, fuhhh ni yang paling susah.... ^^, betul tak? Allah kata jangan buat itu, jangan buat ini, itu lah  yang kita selalu buat. Bukan tak tahu Allah kata JANGAN, tapi buat juga... hmmmm...

3. Taqarrub ilallah! Sentiasa dekatkan diri kepada Allah. Apa itu dekatkan diri kepada Allah? Macam mana ya? Haaa...
Cuba pejam mata jap, lepas tu tarik nafas dalam dalam... lepaskan... Allah itu dekat sangat dengan kita tau, tapi kita ini, dekatkah dengan Allah?
Apa usaha yang kita boleh buat untuk dekat dengan Allah? Lazimkan diri dengar bicara ilmu, halaqoh, usrah, dan jangan pernah tinggalkan al-Quran.

4. Cintakan apa yang Rasulullah buat. Sunnahnya !

5. Cintakan Al-Quran. Al-Quran itu panduan hidup yang paling jelas, siapa yang tinggalkan al-Quran, maka sesatlah dia... tak percaya?? Sumpah ! Luangkan masa walaupun 1 MINIT untuk tadabbur al-Quran.

Tiada Paksaan

Benar.
Cinta mana boleh paksa-paksa. Cinta pada Allah juga tak boleh dipaksa-paksa.
Ia akan hadir sendiri...
Kita perlukan ilmu yang cukup. Tak kenal maka tak cinta ~
Maka cuba kenal Allah dengan lebih mendalam. Perhatikan ciptaan dan kebesaran Allah.. *toleh kiri kanan tengok pokok*

Pertembungan Dua Cinta

Ini yang biasa terjadi pada kita. Dalam musafir mencari cinta Allah, maka Allah hadirkan cinta manusia untuk menguji. Ujian.

Jangan melebihi cinta kepada Allah,
Sebab,
Tak mungkin ada DUA CINTA dalam satu hati !
Yang ada hanya cinta yang membawa kepada Allah. nampak ?
Mana yang lebih penting?
Memang tak dapat dibendung rasa cinta pada manusia ini. Sebab FITRAH manusia. Salurkan rasa sayang dan cinta pada insan lain itu kepada Allah. 

Hayati lirik nasyid dari Raihan ini. Antara Dua Cinta.

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh.

Ajaibnya Dilamun Cinta !

Tunduk dengan segala syariat-Nya.
Takut kehilangan khusyuk dan fokus tatkala solat di hadapan-Nya.
Khuatir melakukan dosa kerana tidak mahu menyakiti-Nya.
Sentiasa berfikir apakah amalan yang diterima dan diredhai-Nya sebagai hadiah seorang yang menjiwai cinta pada-Nya.

Jika bibit-bibit ini sudah terbit, ketahuilah, anda sedang dilamun cinta dengan sang Pencipta!

Cinta biasanya perlukan pengorbanan. Korban apa? Tepuk dada tanya iman.

Tip: Bukti Cintakan Allah

1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi. Firman Allah,
''Orang-orang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah'' (al-Baqarah:165)

2. Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah.

3. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

4. Menjaga solat witir. '' Seorang hamba yang mengaku mencintai-Ku tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakan-Ku tatkala malam''

5. Menjaga hubungan dengan ibu bapa.

6. Bersahabat dengan al-Quran.

7. Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardhu.

8. Doa.
    ''Ya Allah, Aku memohon cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cinta-Mu'' (riwayat tarmizi)

Jangan Rosakkan

Perkara yang boleh rosakkan cinta kepada Allah:-

~ Kejahilan. Bila tak kenal Allah, maka rosaklah cinta kita.
~ Syirik pada Allah.
~Maksiat. Bagaimana nak raih cinta Allah kalau diri itu masih susah nak tinggalkan maksiat?
~Mencintai musuh Allah. Inilah perkara yang telah mendarah daging dalam diri kita. Kp0p, hiburan, dan banyak lagi.. Naudzubillah ~

Ana harap perkongsian ana ini sedikit sebanyak membantu kalian yang sedang terkapai-kapai mencari apa itu cinta Allah.
Cintailah CINTA!

Akhir kalam, Maher Zain, Ku milik-Mu.

Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan napasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu

O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu

Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu
Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku


Moga Allah Redha ^_^

Sunday 21 October 2012

Couple itu WAJAR? : Ridiculous Man!

السلام عليكم

Kepada semua yang membaca, semoga Allah merahmati kalian, insya-Allah :)
Bercerita tentang bercinta di bangku sekolah, ini isu biasa,

Benda yang sudah lali dengan remaja, dan hampir setiap sekolah di Malaysia ini, punya masalah pasal remaja yang terlibat dengan hubungan 'cinta terlarang'.

Ana kurang paham bagi mereka yang mengatakan bahawa WAJAR bercinta di bangku sekolah, I don't get them =.=''

Alasan ke'WAJAR'an yang dikemukakan ialah:- 

Ini budak asrama punya alasan,

1. Boleh gantikan ibu/bapa yang dirumah, bila ade couple, rasa bersemangat sikit nak belajar,
( what?! gantikan ibu bapa? tah hape2 je... tak masuk akal langsung, semangat belajar? pergi sekolah nk belajar ke nk bercinta?)

2. Menikmati dan menghargai ciptaan Allah? (tahulah makwe/pakwe good looking, tapi itu paling tak munasabah! bercinta sebab rupa)


''Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan'''. (An-Nur:30)







3. Tolong dalam pelajaran kononnya. (ini semua alasan, dah jelas di situ apabila tolong dalam pelajaran melibatkan jumpa, dating, erm belajar ke nanti???? lagipun macam tak ade kawan yang sama jantina yang boleh tolong.. ALASAN)
       Sudah ditegaskan bahawa apabila dua orang bukan mahram berdua-duaan, maka akan ada yang KETIGA, iaitu Syaitan. 


Pada ana, bercinta di bangku sekolah ini TIDAK WAJAR. Dan ini dipersetujui oleh kebanyakan pelajar sekolah yang bijak menggunakan akal fikiran mereka. ^_^ 
Yang cakap WAJAR tu sebab nak pertahankan kekasih masing-masing saja.

Baiklah, sudah terang lagi bersuluh bahawa bercinta di bangku sekolah ini banyak keburukannya...
Ana akan kupas sikit-sikit. 

1. Apa akan jadi tentang hubungan kamu dengan Allah? adakah seperti dulu? sentiasa mekar dan merona cintamu kepada Ilahi? Tanggungjawab kepada Ilahi bagaimana? adakah sesungguh dulu?
Sebab pada ana, dalam hati ini TAK mungkin wujud dua cinta~! yang ada hanyalah yang membawa kepada kecintaan-Nya, Kita cintakan kekasih kita kerana Allah ke? ye jee....
 

2. Dimana kamu letak Rasulullah dihatimu? Bagaimana cinta kita pada Baginda? Sedarkah kita ini umat siapa? 

3. Buang masa semestinya! Mengapa perlu menghabiskan masa dengan orang yang salah? kita tidak tahu adakah si dia jodoh kita.. MELALAIKAN

4. Pelajaran terganggu bukan? tertekan fikirkan si dia, pelajaran kemana, belajar kemana. Fokus dalam kelas semestinya hilang, sebab asyik ingat buah hati saja...

5.  Menghampiri ZINA~! Ini kita dapat lihat sebab couple ini melibatkan berdua-duaan, 

      ''Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).''
(al-Israa':32)
   
6. Lupa tanggungjawab kepada Keluarga. Selalunya mereka yang mabuk bercinta ni, cakap ibubapa dah tak dengar.. layan mesej handphone 24 jam tak berhenti.. 

Ya Allah, Kuatkanlah cinta kami kepada-Mu, agar kami tidak terpaut pada hati yang salah!











Kalau awak dah minat sangat dekat si dia, ajaklah kahwin, itu cara yang halal..
Bercinta lepas kahwin itu sangatlah SWEET~


Sebab~


 Sebuah Puisi untuk anda semua.. terimalah dari Fatimah Syahra:

Ah! ini semua tipuan syaitan semata,
Aku tak mahu terperangkap dalam sumur buta cinta,
PERGILAH...
Pergilah bersama tipuanmu,
Aku tetap dengan pendirianku,
Menjaga maruah dan agama,
Ingin kuterpagar di taman syariat-Nya.

-Monolog Asiah Yusra-
Tautan Hati
!

Hilal Asyraf pernah berkata,
Cinta adalah apa-apa yang membawa ke syurga, jadi apa-apa yang tak membawa ke syurga, itu bukan cinta namanya! 

Ana rasa couple ni bawa MURKA ALLAH je!

Sekian, tersilap kata harap diampuni, ini untuk kebaikan bersama,
Semoga Allah redha.





Tuesday 16 October 2012

The Seed- HEART

Let us take a moment and think,
Our heart is like a tree,
It starts from nothing,
Just a small seed,
Allah planted it deep within us,
Allah than gave us The Sun,
In the form of,


ISLAM,

FAMILY,


FRIENDS,

Yet, we rarely say,
ALHAMDULILLAH,
And than at times the world seems very cold,
But Allah gives us warmth instead,
Through other around us,
And we stand up again,
But is it only for Dunya to step on us?
Dunya…
Don’t last forever…!

Yet, why is it there are still so many out there?
Who fails to realize this?
And while me may look at these thing from afar,
Are we truly SAFE?
ASK ourselves,
Have we done our RESPONSIBILITIES?
What are we HERE FOR?
Is it just to LIVE?
Should we be doing NOTHING?
And wait for Dunya to STEP on US?
Or just watch Dunya FOOLING others instead?
Then WHAT?
Haven’t you think about what OUR LIFE is all about?
Have we used THE SEED,
That Allah had planted within us?
Our HEARTS?
It’s time to CHANGE!

~Mukhliseen video 4 ummah~

p/s: Jagalah elok-elok hati yang Allah kurniakan, ^_^ 

Sunday 30 September 2012

Destinasi CINTA

 

♥ Destinasi CINTA ♥

Destinasi cinta yang ku cari,
Sebenarnya terlalu hampir,
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati,
Telah ku redah daerah cinta,
Yang lahir dari wadah yang alpa,
Tiada tenang ku temui,
Hanya kecewa menyelubungi,

Friday 6 April 2012

Duduk Sejenak, Cas Keimanan

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua pembaca setia,
harap dalam keadaan yang baik baik sahaja hendakNYA..
erm erm erm pada hari yang mulia ini.. mari kita muhasabah diri... sudah semestinya terlalu bnyk dosa kita pada Allah... kadang kadang kita tak sedar.. lalai... leka... berbalik pada fitrah kita...

Seperkara lagi.. mari kita sentiasa tingkatkan keimanan... bina benteng iman yang benar benar ampuh... kerana dari situ kita akan dapat keredhaan Allah.. bantuan Allah... check balik masa silam kita.. kadang kadang dosa yang kecil 2 banyak menjadi penghalang kejayaan kita... contoh tentang isu menutup aurat... tanpa sedar kita 'ter' selak ke.... sape tahu? dan bila ditegur, terima lah seadanya.. jangan dipertikaikan.. beruntunglah kamu sebab sentiasa ada para sahabat yang sayangkan kamu.. yang sentiasa mengingatkan kamu... beruntunglah! kerana dia tidak tega biarkan kamu menanggung dosa... dosa kamu...

Sesungguhnya allah itu tidak pernah berbuat sia-sia! ada hikmah dan ada sebab kenapa Allah menekankan setiap larangan dan suruhanNYA! Allah punya la sayang dekat kita bagi kita hidup sampai detik ini, saat ini.. tak kann itupun tak bersyukur lagi.. manusia memang tak akan pernah puas! tapi ada ke kita balas balik kasih sayang Allah tu? kalau benar sayangkan Allah kenapa tak ikut suruhan DIA? kenapa buat sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh larangan mahupun tegahan dari kalam suci-Nya? kenapa tak berpegang pada sunnah kekasihNYA? kenapa pentingkan diri? kenapa terlalu mengejar duniawi? Ya, memang dunia itu jambatan ke akhirat.. tapi harus diseimbangkan kedua-duanya... semoga Allah redhai kamu...

Assalamualaikum,
coretan hati,
^_~

Mmm Bdk Manja