Damba Syurga


Saturday 12 November 2011

3 Soalan 1 Penampar...

Jawapan dengan Tamparan...

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Ujian Penghapus Dosa

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
''Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan , dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.''




Rahmat ujian,



Dalam derita ada bahagia 

Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Ya Allah, Bukakanlah Jiwaku kepada sesuatu yang Elok dan Bermanfaat!

Umar R.A. berpesan:


1. Sesiapa yang banyak KETAWA, maka wibawanya sedikit.
2. Sesiapa yang suka MEREMEHKAN orang, maka dia tentu akan diremehkan orang lain.
3. Sesiapa yang memperbanyak sesuatu, maka dia akan dikenal dengan sesuatu itu.
4. Sesiapa yang banyak BICARANYA, tentu banyak pula DOSANYA.
5. Sesiapa banyak DOSANYA, maka tentu sedikit rasa MALUNYA.
6. Sesiapa yang sedikit rasa MALUNYA, maka sedikit pula sifat WARAKNYA.
7. Sesiapa yang sedikit sifat WARAKNYA, maka hatinya akan mati!

Thursday 10 November 2011

Doa Dhuha


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah jika rezki masih dilangit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikanmu keindahanmu kekuatanmu kekuasaanmu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh

9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Tidak Sempat....

Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah dekat penghujung tahun. Masa makin pantas berlalu.


   Kalau begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang abadi. Kalau syurga menjadi destinasi, alhamdulillah. Kalau neraka, nauzubillah
   
  Tetapi hairan jika ada orang yang berkata '' Alamak, tidak sempat nak buat ibadah!'' Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipangggil menghadap-Nya.


  Lebih baik usahakan seperti ini:
~ Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadah dan taat.
~ Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati.
~ Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.
~ Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.
~ Tidak sempat terlajak Subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing.        
~ Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sibuk dengan agenda sebagai khalifah dan hamba.
~ Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.
~ Tidak sempat mengumpat mahupun mencerca sebab sibuk berzikir mengingati Allah.


Masya-Allah, berlambak rupanya kebaikan boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan keburukan.


(^_^)

Wednesday 9 November 2011

~Hukum Meninggalkan Solat Wajib~

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”Riwayat al-Bukhari

Huraian
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib   sebanyak lima waktu sehari semalam.

2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.

3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal