Damba Syurga


Tuesday 17 December 2013

Sehangat Semangat

Dalam dakapan ukhuwwah
Kita merasakan kehangatan sahabat

“dia tahu kelemahan kita” kata William Arthur Ward
“tetapi menunjukkan kekuatan kita;

Dia merasakan ketakutan kita,
Tetapi membangkitkan keyakinan kita;

Dia melihat kekhuatiran kita,
Tetapi membangkitkan keyakinan kita;

Dia mengenal ketidakmampuan kita,
Tetapi memberi kita kesempatan. “


Dalam Dekapan Ukhuwwah

Kerana beza antara kau dan aku sering menjadi sengketa
Kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Kerana satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
Wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali :
“Jadilah hamba. Hamba Allah yang bersaudara”

Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam , bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga , menabar keindahan pada dunia

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci , sebening prasangka , selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi , dan sekukuh janji.

Dalam Dekapan Ukhuwwah – Salim A.Fillah

Thursday 5 December 2013

Cintailah CINTA



Suka untuk ana kongsi dan bicarakan pada kali ini berkenaan dengan CINTA . Ya . Seperti yang kita tahu , satu perasaan fitrah yang lahir dan kasih sayang dan cinta dan dan ... bla...bla... Macam macam definisi kita boleh jumpa . Malah berbeza mengikut pemahaman seseorang .Tapi ana punya definisi ana sendiri . Cinta bermaksud , hendak bersamanya di syurga .
 Ana memandai-mandaikah mencipta definisi ini ? Tidak . 


Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepada Baginda bilakah akan tibanya kiamat ,
'' Apakah yang kamu telah sediakan untuknya? ''
'' Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku ."
Rasulullah menjawab ,'' Maka kamu akan bersama-sama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana .''
(Riwayat Bukhari)

Jadi , cinta yang tulen adalah hendak bersamanya ke syurga . Cinta yang sebenar , cinta yang menembusi akhirat . Apa guna cinta di dunia sahaja , kemudian di akhirat bermusuhan . Cinta bukan semudah tiga perkataan . Cinta yang sebenar adalah taat kepada Tuhan . Maka cinta manusia , berdiri atas ketaatan . Bukan untuk berseronok , tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan . Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan . 

Secara tidak sedar , cinta itu memerlukan sepenuh hati . Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk Ilahi . Daripada cinta kepada Ilahi inilah terbinanya cinta antara insani . Cinta yang asasnya iman dan takwa . Cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan Allah .
Cinta tidak bersalah .
Jatuh cinta bukan jenayah . 
Persoalannya bagaimanakah kita bercinta ?
Untuk apakah kita bercinta ? 

Akhirnya , manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan takwa , akan melihat jawapan-jawapan kepada persoalan itu adalah sama . NAFSU . 
Ya , kepuasan diri semata-mata .
Rapuh bukan ? Sedangkan cinta itu saling kasih-mengasihi . 
Sedar atau tidak , kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu hanya untuk kepuasan diri sendiri .
Itukah cinta ?



COUPLE = CINTA ? 

Perbandingan umpama couple atau berpasangan itu jauh letaknya di barat dan cinta itu letaknya di timur . Dua perkara yang berlainan . Cinta boleh dijalankan tanpa perlu couple . Ber'couple' pun , kalau mahu boleh jalan tanpa cinta . Lihat perbezaanya ? Samakah ? Tidak .

Cinta , terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih . Jadi ana tidak nampak seseorang yang melemparkan seseirang yang lain ke dalam api , atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu , adalah seorang pencinta , seorang pengasih atau penyayang . Jadi kalau berpacaran itu dilarang oleh Allah , zina hati itu dilarang oleh Allah , ikhtilat itu dilarang oleh Allah , dan kosnya adalah kemurkaan Allah , boleh mengheret ke dalam neraka Allah apakah si pengajak kepada perlakuan itu , atau si pelakunya , dinamakan cinta-mencintai ? 
Bolehkah bercinta sebelum kahwin ? 
Boleh .Tapi dengan syarat , buat macam orang belum kahwin . 

Ada yang berkata , '' Kami couple sebab cintalah'' Maka ana kata , cinta mereka itu , tidak sama dengan cinta ana . Cinta yang ana katakan ini , suci , mahal , berharga .Mahu mendapatkannya , perlukan usaha yang keras .
Cinta menembus syurga.
Mestilah usahanya juga boleh mengegarkan jiwa ! 

Ana tidak suruh putuskan hubungan . Kalau yang ber'couple' sedar perkara ini , hentikan couple itu , dan cari , makna cinta sejati untuk memperbaharui cinta mereka sebelum ini , perbaiki perjalanan hidup dan serius manu bina kehidupan yang Allah redha , apa salahnya kita masih bersama . Boleh sambung couple selepas berkahwin . 

Inspired by : Batu-bata Kehidupan-Hilal Asyraf .

 ='D



Monday 5 August 2013

Doa Untukmu =D

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari 
kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Friday 5 July 2013

Dari HAWA untuk ADAM

Assalamualaikum..


Maaf kumohon darimu,duhai Adam …


seandainya bait bicara ini bisa menggores parah tangkai hatimu dan membenamkan luka yang dalam…


telah lama aku mencari kekuatan,untukku larungkan getaran di jiwa yang makin mencengkam,segalanya kerana rindukan berkibarnya syiar Islam,
dibumi yang kian gersang….


Adam...
Sukarnya untukku lafazkan kecewa dihati ini,
bila saban hari ku terpaksa berhadapan dengan kaummu yang sekadar tertunduk malu,
sedang deretan dosa dan noda melingkari ruangan alam….,
keji, tanpa alasan….


Kenapa Adam??? Kau membisu, 
sedangkan kekuatan padu ditanganmu,
sekadar membisu, masa terus berlalu……


Adam...
Tersangat pilu hatiku, bila melihat kaummu, menghapuskan hijab antara kita…


pandanganmu kau tebarkan ke serata ruangan,tiada lagi halangan….


hawa jadi perhatian..


"….bukankah jelas dinyatakan,kita punyai batasan,tak dapat dirobohkan,segalanya tuntutan….


dan kalianlah yang harus tegakkan ….dalam kedangkalan akal fikiran umat zaman ini!!!


Adam...
Bukan niatku untuk membelakangkanmu,
malah kutahu,kau lebih berkuasa daripadaku….


yang cukup lemah dan kerdil ini…tapi,ku tak mampu,Adam….menyimpan lahar yang kian bergelegar ini….dan jiwaku meronta sayu,kekuatanku terbatas,Adam!!!.suara hatiku tenggelam…segalanya membeku sehingga peritnya kutahan,dalam dakapan duka,menanti terbangunnya kegemilangan Islam…


Adam...
Ku tak mampu lagi menahan tangis… hiba bila mengenangkan sikapmu, ego kau julang, kau biarkan ku merintih dalam sendu menahan pedih….pernah dan sering kuluapkan …kau harus bangkit dan cipta perubahan…kau mampu,Adam!!!.kerana bukan lemah yang terbenam dalam dirimu,tapi kemahuan yang tak kau asah!!!.sesekali aku bangga,Adam…kau memang insan gemilang,ilmumu tak terbilang,tapi kemana hilangnya kewajipanmu yang harus kau jalankan untuk memimpinku ke jalan kebenaran???!!!


Adam....
Sekali lagi kumohon pengertianmu,bukan kebahagiaan zahir yang ku harapkan…bukan jua kebebasan pergaulan kita yang jadi impian,hancurkanlah segalanya itu…Kubenar-benar mengharapkan kau bangkit membela kehormatan agama kita….Bentukkan kembali hati-hati yang mengagungkan kebesaranNya,laksanakan perintahNya dan seterusnya,biah solehah mengharumi dunia….


Adam...Bicara ini harus kuhentikan jua…Namun,kemaafan tetap ku hulur dan mengharapkan penerimaan.Walau ku tahu, ada hati yang bakal menyimpan dendam, ada jiwa yang bergetar menahan kemarahan, biarlah…..aku redha dan kupasti dengan ketulusan niatku tanpa ada karat mazmumah dan muslihat yang tersimpan….


Bangkitlah adam!!! Teruskan bina kekuatan…… Bimbinglah kaumku yang merindukan kemantapan iman… Bukan sekadar impian…. Kebahagiaan dunia yang tak kesudahan… Kita bertemu DISANA ….NEGERI KEKAL ABADI.

InsyaAllah....sekian...


Akhir penaku....terimalah 

PUISI BUAT ADAM DARI HAWA

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
Teman mu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu,
Aku asalnya dari tulang rusuk mu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan dari mu,
Juga sentiasa mahu tersasar dari landasan kerana aku buruan syaitan.....

Adam,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaum mu di akhir zaman,
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya,
Jika bilangan kaum mu mengatasi kaumku ,
Nescaya merahlah dunia ini kerana darah manusia,
Kacau bilaulah suasana,
Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa,
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil,
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya pun,
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah,
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi lebih dari empat dalam satu masa,...

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku,
Tapi....aku risau menyaksikan tingkah mu,
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isteri mu,
Namun....terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara ini...

Adam,
Aku tahu bahawa dalam al-quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita,
Kau diberi AMANAH untuk MENDIDIKKU,
Kau diberi TANGGUNGJAWAB untuk MENJAGAKU,
MEMERHATI dan MENGAWASIKU,
Agar sentiasa di dalam REDHA Tuhan,
Tapi Adam..nyata dan rata-rata apa yang terjadi pada kaumku kini,
Aku dan kaumku telah ramai menderhakai mu,
Ramai yang menyimpang dari jalan yang ditetapkan,
Asalnya Allah menghendakiku tinggal tetap dirumah,
Kerana di jalan-jalan,di pasar-pasar,di Bandar-bandar bukan tempatku,
Jika terpaksa keluar,
Seluruh tubuhku mesti ditutup,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Tapi....realitinya kini, HAWA telah lebih dari sepatutnya....
Adam,
Mengapa kau biar aku begini????

Aku jadi ibu,
Aku jadi guru itu sudah tentu katamu,
Aku ibu dan guru kepada anak-anak mu,
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
Aku kehadapan menguruskan hal negara,
Aku ke hutan memikul senjata,
Padahal kau duduk bersahaja,
Ada di antara kau yang menganggur tidak bekerja,
Tetapi kaumku,
Kainnya tinggi menyingsing paha mengamankan negara,
Apakah sudah hilang kasih suci mu terhadapku???

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan andainya HAWA terpesong,
Maka Adam yang patut dipersalahkan!!!!
Kenapa???
Mengapa begitu Adam???
Ya, ramai orang kata jika anak jahat, itu kerna ibu dan ayah tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh salah kan guru tidak pandai mengajar.....

Adam,
Kau selalu berkata HAWA memang degil kerana tidak mahu mendengar kata...
Adam...seharusnya kau tanya dirimu ,
Apakah didikan mu terhadapku sama seperti didikan Baginda Rasullah SAW terhadap isteri-isterinya???
Adakah Adam melayani HAWA sama seperi psikologi Baginda kepada mereka???
Adakah akhlak Adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum hawa???

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum mu,
Aku adalah pengikut-pengikut mu,
Kerana kau adalah ketua,
Jika kau benar maka benarlah aku,
Jika kau lalai maka lalailah aku,
Kau punya kelebihan akal,
Manakala aku punya kelebihan nafsu,
Akal mu Sembilan nafsu mu satu,
Aku....akalku satu nafsuku beribu,
Dan itu Adam,
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsuku serta kuncu-kuncunya,
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhan mu agar menerangi hidupku,
Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah...

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahnya sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Makin gentar mencegah mungkar,
Maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah,
Malulah engkau Adam,
Malulah pada diri engkau sendiri,
Dan pada Tuhan mu...yang engkau agungkan itu.......

Bukanlah mahu menunding jari, tapi mgkn ini salah satu faktor….renungkanlah…


Wednesday 5 June 2013

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin
menimbul seribu ingin
terasa meresap sukma cinta
membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun
Melarik pohon merimbun
merangsang rindu bertemu
bilakah cinta akan bertamu ?

Ah... bila cinta yang SATU
mudahlah kita bertemu
jauh pun bukan alasan
pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu...
Walau jarak kita beribu batu
Munajat ini mekar bersama rindu .



#Pahrol Mohamad Juoi



Saturday 23 February 2013

Bebas Palestin

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara !!!



Various Munsyid




Kerlipan CHENTA

Hidayah .. 
Kerlipan Cipta Cintaku , 
Harum Rembulan Mawar ,
Dingin Dihakis Keseorangan .... 

Aku masih menghitung diri ,
Kesiangan yang panjang ,
Ingin mengisi hati ...

Pada-Mu kasih ,
satukan aku ,
Dengan rahmat-Mu , 
Dengan Kalimah ,
Malam Siangku ,
Berliku liku ,
Duri Dugaan , 
Siratan Cinta ,

Biar di jemala mentari ,
Biar di bahu gunung berapi 
Pasrahku abadi untukmu ..
untukmu ...

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa dibawah naungannya 
selamanya...


Senyum berbunga-bunga . 
^___^

Chenta-Nya

Ku tengok bulan, ku nampak Tuhan. Ku lirih matahari, ku saksi Ilahi. Ku cerap bintang, wahai, Dia membalas pandang!

Ah, betapa indahnya hidup di bawah kasih dan chentaNya! =']

Pengsan. 

Untukku menggambarkan rasa hatiku... 
Rasa cintaku... dan Cintaku...
Memendam niat hati yang menyala 
Tapi kerana keterbatasan redha... dan Redha...
Kutahu dia Maha Mendengar...
Dan sangat mendengarkan semua luahan hatiku...
Ungkapan ini sekadar wadah
Untuk rasa cinta dan Cintaku...

_Wadah Cinta Solehah_

*sigh*


Thursday 14 February 2013

H .I .V : Hari Ini Valentine

Bismillahirrahmanirrahim ^_^

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan Hari Valentine atau Hari Kekasih .

Bukanlah Allah ciptakan jarak antara
bumi dan matahari itu ,
sekadar untuk main-main sahaja.
Sungguh tidak juga Dia ciptakan batas hubungan
lelaki-perempuan itu
sekadar sia-sia tanpa makna.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui
dan kita tidak mengetahui apa-apa.
Maka apakah yang sepatutnya si jahil lakukan?
Bukankah mengikuti empunya ilmu berkenaan
apa yang tidak diketahui?

Matahari- Hilal Asyraf

Remaja dalam masyarakat kini dimomokkan tentang pengHARAMan sambutan Valentine tanpa mengetahui rasionalnya pengharaman berkenaan .Ayuh kita ubah mentaliti sempit ini !

Sudah tentu lebih banyak remaja pasti mengingati hari ini berbanding tarikh-tarikh kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidur Rasul terutamanya bagi remaja yang sudah mempunyai pasaangan atau 'couple'.Meraka tidak tahu sebenarnya Hari Valentine ini haram sebagaimana  JAKIM membuat fatwa tentang Hari Valentine ini .Walaubagaimanapun, mereka buat-buat tidak tahu kerana mengikut hawa nafsu mereka sahaja.Selain itu, Hari Valentine juga banyak menyimpan peristiwa hitam.Ana akan menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine serba sedikit.

Kaum Lain

Valentine Day ialah satu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno setelah mereka masuk agama Kristian, maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St.Valentine. Mengikut beberapa sumber,Valentine ialah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.Pada masa pemerintahannya ,Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian yang mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya.Oleh sebab Valentine sorang penyebar agam Kristian , beliau juga telah ditangkap ,diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang kristian menganggap bahawa Valentine ialah seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan kaumnya.valentine juga ialah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia.Dikatakan juga dalam penjara,beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh,beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.
Pendapat lain megatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Islam Sepanyol .St.Valentino merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.Disebabkan itu,St.Valentino dianggap kekasih rakyat.14 Februari 1492 merupakan tarikh kerajutan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu hari berkasih sayang  kerana menganggap agama Islam agama yang zalim.

ISLAM Jatuh ! 

Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ianya hari kejatuhan kerajaan Islam kita di Sepanyol.

Selain itu,terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan Agama Kristian yang dinamakan 'Lupercalia'. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung pada dari 13 Februari hingga 18 Februari. Dua hari pertama,mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rum kuno yang bernama Juno Februata.Pada hari ini,para pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut  dari dalam kotak secara rawak.Nama gadis yang tertera pada kertas tersebut akan menjadi pasangan yanag akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.Pada 15 Febrauari,mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala.Pada hari ini, mereka akan menyembelih seekor  anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling ggah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.Setelah itu diadakan pula perarakan besar-besaran yang diketuai oleh pemuda tersebut dan mereka memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang tersebut dan para wanita berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana menganggap akan menambahkan kesuburan mereka.
Pendapat lain pula menyatakan hari Valentine ini bersempena sifat burung yang musim mengawan burung jatuh pada 14 Februari.Ini merupakan pendapat tradisi orang English.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe it? pula menjelaskan ,kata Valentine berasal daripada perkataan latin yang bermaksud "Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa.Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus ,tuhan orang Romawi.Tanpa disedari,ketika kita meminta orang menjadi "to be my valentine" bermaksud kita meminta orang menjadi "Sang Maha Kuasa".Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik kepada Allah.Selain itu,ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa Hari Valentine ialah putera Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas beretentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja.Perbuatan meraikan Hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana hanya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak. 

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk dalam golongan mereka"-riwayat Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini jelas terpesong dengan akidah umat Islam.Hal ini dijelaskan dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al Kafirun:


 ''Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".(al-Kafirun:1-6)

Menyedihkan ada segelintir pihak yang menganjurkan majlis Hari Valentine dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja bagi memperingati hari tersebut selain meraih keuntungan sehingga mengheret ke lembah maksiat. Ironinya ,remaja menganggap sambutan ini sebagi simbol kecintaan mereka yang tidak berbelah bagi sehingga sanggup meyerahkan maruah diri dengan melakukan zina dengan pasangan yang mereka cintai.Sesungguhnya perbuatan ini bercanggah dengan syarak kerana boleh menyumbang ke lembah kezinaan dalam surah al Isra ayat 32:

''Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)''
(al-Israa' :32)


Sikap orang Islam terutamanya orang Melayu yang majoritinya beragama Islam khusus kepada generasi remaja yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya Barat.Bagi mereka budaya Barat yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman serba moden ini.Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan budaya Barat seperti mentatu tubuh,mewarnakan rambut,,memakai pakaian yang menjolok mata,mengamalkan pergaulan bebas,menguunungi kelab-kelab malam seperti disko yang menghidangkan miniman-minuman keras dan lain-lain lagi.

Sebagai orang Islam kita mestilah berfikir bahawa hari Valentine jelas bercirikan Islam.
Mari kita renungkan Firman Allah s.w.t dalam surah al Isra ayat 36:


''Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.'' (al-Israa;:36) 

Islam amat menentang kepercayaan yang mengikut suatu kepercayaan yang lain yang disebut sebagai Taqlid.
Firman Allah s.w.t dalam surah ali Imran yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam ,maka sesekali tidaklah diterima (agama itu)daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
''Barangsiapa yang meniru perbuatan agama lain maka dia termasuk dalam agama tersebut.''

Apa Yang Perlu Diberi Perhatian

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 

1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St.Valentine.


2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 : 

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w.bersabda :


“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.: 


“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan    syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi :

 “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Jelas 


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
Istiqomahlah !  

Perhatikanlah Firman Allah :
 
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para siddiq (benar imannya), syuhada, solihin (orang-orang solih), mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Akhir kalam, remaja perlu bijak dan gunakan akal yang Allah kurniakan itu sebaiknya . Kita bukan bodoh sangat . Bukan jahil sangat . Cuma hati itu ego tak mahu mengakui dan melihat kebenaran ini dengan mata hati kita.

Moga Allah redha . 

='D

Sunday 10 February 2013

Wahai Kamu Pejuang Allah ~!


#Dari Angel Pakai Gucci blogpot .
Panji belum tertegak megah,
Badan belum luka berdarah,
Peluh belum mengalir basah,
Kaki belum ditusuk mehnah,
Tangan belum menghayun gagah,
Dan kini kau mahu mengaku kalah?
Apa kejadah?

Jika benar dikau tentera dakwah,
Andai benar dikau kader tarbiyah,
Kalau benar dikau menentang jahiliyyah,
Mana mungkin kau pantas menyerah,
Selagi nafas berhembus tabah,
Selagi nadi berdenyut mudah,
Jasad belum dimamah tanah, 
Mana mungkin kau pantas menyerah?? 

Ah! Jangan kau cepat tergugah,
Andai ada yang menyumpah seranah,
Bila ada yang menjerit marah,
Jika ada yang mengeji meludah!
Bukankah sudah termaktub di dalam seerah?
Semuanya itu suatu sunnah?
Buat mereka yang cekal istiqamah,
Atas jalan penuh mujahadah!
Ah! Mengapa tidak dikau menelaah?

Jangan nanti dikau menyesal pasrah,
Pabila agama dibuat sampah,
Dek dirimu yang bacul menggelabah,
Awal-awal bendera putih diserah,
Gendang perang masih dipalu ghairah,
Inikah anak jantan milik ummah?
Inikah anak singa pejuang risalah?
Wahai, mengapa dirimu dijual murah??

Jangan nanti kau tersedu rebah,
Hingga matamu mengalir darah,
Hingusmu mengalir tak kering sudah,
Hanya kerana kau menyerah kalah,
Pada musuh ketawa berdekah,
Melihat anak singa terkena barah,
Wahan memamah hati yang parah,
Keimanan di jiwa menipis pecah,
Wahai, sudah terhantuk baru tengadah!

Wahai penolong-penolong agama Allah!
Ayuh persiapkan kuda perang nan gagah, 
Ayuh tajamkan pedang kilau berbilah,
Ayuh pakaikan baju besi semerah,
Yang lambat kita sergah!
Yang lumpuh kita papah!
Yang ragu kita terjah!

Kerana perjuangan ini masih basah,
Kerana perjalanan ini tidak bersudah,
Kerana risalah ini masih mewarkah, 
Bersabarlah!
Berpesanlah!
Bertaqwalah!

Takkan kita menyerah kalah,
Takkan kita tunduk merebah,
Takkan kita berlari berpatah,
Hingga hanya dua menjadi pemisah,
Memerintah adil laksana khalifah,
Atau syahid di pintu jannah! 

"Wa a'iddu lahum mastata'tum!"
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya..."
[al-Anfal, 8:60]


-gabbana-

Friday 25 January 2013

Pemergian Muhammadku

Assalamualaikum Warahmatullah ~

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa


Senyuman yang mententeramkan


Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita


Di pangkuan isterimu Humaira?


Menunggu saat ketikanya


Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air


Kau sapu di muka mengurangkan pedih


Beralun zikir menutur kasih


Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu


Penuh ketenangan jiwamu berlalu


Linangan air mata syahdu


Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima


Bahkan payah untuk Umar mempercaya


Tetapi iman merelakan jua


Bahawa manusia ?kan mati akhirnya


Tak terlafaz kata mengungkap hiba


Gerhanalah seluruh semesta


Walaupun kau telah tiada


Bersemarak cintamu selamanya


Ya Rasulallah


Kau tinggalkan kami warisan yang abadi


Dan bersaksilah sesungguhnya


Kami merinduimu


 





Saksikanlah ! Aku rindu Muhammadku ! Allahuma solli'a'la ~ Rasulillah <3


Syafaatkanku... ='D